TARIKH PENDAFTARAN : 11 APRIL 2022
MASA : 8.30am
TEMPAT : MRSM YANG DI TAWARKAN
Tarikh pendaftaran secara fizikal di maktab yang di tawarkan. (Tarikh ini kekal sehingga sekiranya ada arahan lain yang akan di sampaikan melalui MRSM yang di tawarkan).
Tahniah kpd Ibubapa dan Anak-anak yang telah berjaya mendapat surat tawaran ke MRSM.
Selamat datang ke MRSM.
PANDUAN PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN PADA 11 APRIL 2022
📋 1- TERIMA tawaran dan PRINT semua surat, borang dan panduan pendaftaran.
📋2: Buat BAYARAN sebelum hari pendaftaran.
Bayar yuran pendaftaran maktab sebanyak RM161
DIMANA nak buat bayaran?
👉🏻 boleh dibayar di:
1. MARAeps
2. Pejabat MARA Negeri
3. Pejabat MARA Daerah
4. MRSM
5. e-perkhidmatan (perbankan internet) gunakan no induk pljr yg bermula 331......
6 . PEJABAT POS
7. Jompay (Jompay code : 7195)
Ref 1 : Masukkan No .Mara seperti dlm surat tawaran MRSM
REF 2 : Masukkan ic pelajar
✅Gunakan no akaun pelajar yang tertera di sudut atas kanan surat tawaran rasmi utk setiap transaksi.
Boleh sediakan duit cash antara RM300++ untuk bayaran semasa pendaftaran nanti’(Muafakat/Dobi/komputer/cadar/baju batik/ koperasi/kelas mengaji)
SIMPAN SEMUA RESIT BAYARAN UTK SEMAKAN AKAN DATANG. RESIT-RESIT BAYARAN NI PERLU SIMPAN ELOK2 SEHINGGA ANAK TAMAT/KELUAR DR MRSM.
📋 3: Medical chek-up.
Boleh buat di hospital/klinik SWASTA OR KLINIK KESIHATAN/HOSPITAL KERAJAAN. (XRAY tidak perlu melainkan dengan arahan Doktor)
📋4: Buat kad ATM (sekiranya perlu)
Tidak perlu bagi duit cash banyak kepada anak utk elak masalah hilang/kecurian.
Sekarang dah boleh cashless transaction di koperasi maktab. Kadang ATM habis duit or rosak, ini adalah masalah biasa, boleh hubungi guru HR utk bantuan.
Di maktab memang ada mesin ATM. Bank apa nak buat? Sbb bukan semua bank benarkan pelajar bawah umur ada kad ATM.
Boleh refer list ATM/EJEN BANK di maktab berkenaan
👉🏻
https://www.facebook.com/groups/mrsmparents/permalink/3857056874423000/📋 5: PAKAIAN SEKOLAH.
MRSM ni lain sikit dari sekolah harian, pakaian agak banyak.
Sekiranya kewangan terhad jgn risau susah hati. sediakan sepasang yang wajib shj dulu. Insyaallah panjang lg masa utk sediakan yang lain-lain.
👦🏻Pelajar lelaki.
*PAKAIAN RASMI MASA AKADEMIK-
Kemeja kaler beige dgn seluar cokelat gelap, Tie , kasut kulit/PVC kaler hitam dan stokin kaler hitam
*Pakaian Pilihan Masa Akademik -
Kemeja kaler biru dengan seluar biru gelap (seluar biru sekolah rendah ) & Tie yg akn dibeli kat koperasi maktab
Berapa pasang nak beli? Sepasang setiap set memadai, anak2 boleh cuci. Ada bajet 2 pasang setiap set alhamdulillah.
*PAKAIAN HARI JUMAAT- (Set baju melayu PUTIH, SAMPIN beli di maktab dan songkok)*
*PAKAIAN KELUAR MAKTAB/OUTING/PULANG BERMALAM - baju batik or Tshirt maktab. dengan seluar slack gelap. Baju batik or Tshirt di Koperasi Maktab (sepasang memadai)
*PAKAIAN PREP (PTG/MLM) - slack dgn kemeja T + sandal. (Track suit tak di benarkan) 3-5 pasang
*PAKAIAN SUKAN- Track bottom gelap + Baju berkolar T putih (2-3 pasang)
*PAKAIAN AKTIVITI KOKO - tunggu dah masuk maktab
*PAKAIAN TIDO- ikut selesa
🧕🏻Pakaian perempuan
**PAKAIAN RASMI MASA AKADEMIK- baju beige dgn kain cokelat gelap, kasut kulit/PVC kaler hitam dan stokin kaler hitam. Tudung dwilapis PUTIH.
**PAKAIAN PILIHAN MASA AKADEMIK - baju kurung biru dengan kain biru gelap(kain sek rendah color). Tudung dwilapis PUTIH
Berapa pasang nak beli 👆🏻👆🏻👆🏻? Sepasang setiap set memadai, anak2 boleh cuci. Ada bajet 2 pasang setiap set alhamdulillah.
**PAKAIAN HARI JUMAAT- baju kurung putih or baju batik dengan kain tenun beli kat Koperasi Maktab dan tempah sendiri. Tudung dwilapis PUTIH
**PAKAIAN PREP (PTG/MLM) -BAju kurung pesak 4-5 pasang dengan Tudung dwilapis PUTIH/HITAM. kasut bertutup. pakai kasut sekolah aja pon boleh tak jd hal.
** PAKAIAN KELUAR MAKTAB/OUTING/PULANG BERMALAM - baju batik or Tshirt maktab. dengan seluar slack gelap .. baju batik or Tshirt di Koperasi Maktab (sepasang memadai)