06:30
JaiHo
Baca dulu sebelum MEMILIH...
SENARAI MRSM terkini dan aliran.
Semoga senarai MRSM terkini ini bermanfaat kepada ibu bapa dan pelajar yang akan membuat permohonan kemasukkan ke MRSM, Insyaallah.
Maktab Rendah Sains Mara atau MRSM adalah sejenis sekolah berasrama penuh yang di bina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia.
Berikut senarai MRSM terkini mengikut aliran sebagai rujukan pelajar dan semua ibu bapa.
Pelajar perlu menghadiri Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM (UKKM) utk semua pilihan aliran MRSM.
1. MRSM PREMIER
MRSM PREMIER adalah MRSM aliran Premier yang mengikuti gabungan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM), kursus khas dan kursus pembangunan sahsiah.
MRSM PREMIER menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1 & 4.
✔ Peperiksaan yg akan diambil:
PT3
SPM
Senarai MRSM PREMIER
MRSM Muar
MRSM Mersing
MRSM Batu Pahat
MRSM Terendak
MRSM Serting
MRSM Muadzam Shah
MRSM Tun Ghazali Shafie
MRSM Gerik
MRSM Lenggong
MRSM Pasir Salak
MRSM Felda (Trolak)
MRSM Pengkalan Hulu
MRSM Sultan Azlan Shah
MRSM Kuala Terengganu
MRSM Kuala Berang
MRSM Besut
MRSM Pasir Tumboh
MRSM Jeli
MRSM Kuala Krai
MRSM PDRM Kulim
MRSM Pendang
MRSM Merbok
MRSM Baling
MRSM Transkrian
MRSM Beseri
MRSM Arau
MRSM Betong
MRSM Mukah
MRSM Kota Kinabalu
2. MRSM PKP BITARA- TINGKATAN 4
Program Khas Pendidikan (PKP) adalah aliran MRSM yang mengadaptasi model Pendidikan pintar cerdas iaitu School ENRICHMENT Model (SEM). MRSM PKP Bitara dianggap sebagai MRSM paling unggul kerana telah diiktiraf menghasilkan pelajar yang cemerlang melalui peperiksan dan penglibatan aktif dalam kokurikuum.
Kebanyakan pelajar yang dipilih untuk kemasukan ke MRSM Bitara biasanya merupakan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan aktif dalam bidang kokurikulum.
MRSM PKP hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 4 shj.
Senarai MRSM PKP adalah seperti berikut:
MRSM Taiping
MRSM Pengkalan Chepa
MRSM Tun Ghafar Baba
3. MRSM ULUL ALBAB.
Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Program ini adalah hasil cetusan idea bekas Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha memberi inovasi dan menerajui system pendidikan Negara.
Sehubungan dengan itu, MRSM Kepala Batas telah dipilih sebagai MRSM yang ketiga selepas MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh untuk melaksanakan program tersebut.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
Bagi merealisasikan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MARA, aspek multilingual diutamakan dengan menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai teras dan bahasa-bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan lain-lain juga ditawarkan sebagai subjek pilihan.
Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’ Di samping itu, mereka akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 5)
MRSM ULUL ALBAB hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
✔Peperiksaan yg akan diambil:
PT3
SPM
Senarai MRSM ULUL ALBAB
MRSM Kota Putra
MRSM Gemencheh
MRSM Sungai Besar
MRSM ATM Bera
MRSM Bagan Datuk
MRSM Kepala Batas
MRSM Semporna
👍
12