السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام سجهترا
*_Wassap group_ atau _telegram group_ IBU BAPA Pelajar Baharu Ting 1&4 Sesi 2025 MRSM Beseri*
Tahniah buat anak-anak dan ibu bapa atas kejayaan terpilih sebagai sebahagian warga MRSM Beseri.
Sukacita dimaklumkan bahawa Wassap Group atau Telegram Group Ibu bapa Pelajar Baharu Ting 1&4 Sesi 2025 MRSM Beseri akan diwujudkan seusai kita dapat mendapat senarai nama ibu bapa yang menerima tawaran ke Ting 1&4 Baharu ke MRSM Beseri.
Ibu bapa pelajar baharu Ting 1&4 Baharu boleh merujuk ke *Surat Tawaran* dan *dokumen yang dilampirkan* sebagai Persediaan sebelum hadir pada hari pendaftaran nanti. Selain itu, borang-borang dan senarai semak barangan atau keperluan perlu dicetak sendiri sebagai rujukan dan tindakan susulan.
_Wassap Group_ atau _Telegram Group_ akan *diurus* sah masuk oleh pentadbir (admin) MRSM Beseri sendiri untuk mengelakkan berlaku kes disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutama *SCAMMER* atau ahli yang tidak ada kena mengena dengan urusan pendaftaran Pelajar Baharu ke MRSM Beseri.
_Wassap Group_ atau _Telegram Group_ akan diwujudkan (*2 minggu sebelum pendaftaran - 19 Feb 2025*) bagi memudahkan urusan pada hari pendaftaran nanti.
Semoga segala urusan ibu bapa pelajar baharu Ting 1&4 MRSM Beseri dipermudah dan diberkati Allah swt.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
*”MRSM BESERI IS THE BEST”*
*
#beserinumberone*
*
#beserinomborsatu* *
#beseriSeeYouAtTheTop*
Saya yang menjalankan amanah,
*_GTR_*
MOHD RIZALMI BIN DAHAMAN
Pengetua
MRSM Beseri (MARESMABEST)
14 Jan 2025/ 14 Rejab 1446H