Semuanya bagus, bergantunglah kepada bidang apa pelajar nak sambung belajar dan pencapaian pelajar di dalam SPM.
Bila nak pilih program mana, ada 2 faktor utama untuk dipertimbangkan
1. BIDANG PENGAJIAN
Kalau nak ke ijazah perubatan, laluan asasi/matrikulasi lebih baik dan lebih cepat berbanding STPM dan Diploma (tak banyak IPT yang terima kelayakan diploma untuk ke ijazah perubatan
Tetapi kalau nak masuk bidang hospitaliti seperti kulinari – diploma pun memadai
Begitu juga ada beberapa bidang kemahiran – ada yang memadai dengan kelayakan sijil saja.
Nak jadi arkitek contohnya perlu kelayakan di peringkat masters untuk layak menduduki peperiksaan professional untuk layak memakai gelaran Ar. pada pangkal nama, jadi jika kena belajar sampai masters, laluan terbaik adalah untuk terus ke ijazah sarjana muda sains senibina di UiTM (4 tahun) + masters (2 tahun) = 6 tahun, berbanding jika pilih laluan diploma (3 tahun) ijazah (3 tahun) + masters (2 tahun) = 8 tahun
2. KELAYAKAN
@PENCAPAIAN Untuk ke asasi akan memerlukan kelayakan yang cemerlang – straight A; Matrikulasi mungkin memerlukan straight B, diploma dan sijil pun masing-masing ada syarat kelayakan yang mesti dipenuhi - kerana ianya bukan soal apa yang kita hendak tetapi apa yang kita layak
Jadi tanya diri sendiri – nak jadi apa cita-cita kerjaya yang ingin dicapai
Dan oleh kerana belum ada keputusan SPM – jujurlah kepada diri sendiri agak-agak apakah keputusan SPM yang anda mungki capai nanti......