*Sembilan SMKA tawar Tingkatan Enam Tahfiz*
ROSHLAWATY MD RAIEH 24 May 2024 05:12pm
(
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/sembilan-smka-tawar-tingkatan-enam-tahfiz )
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memohon Tingkatan Enam Tahfiz ambilan Julai 2024.
Permohonan itu akan dibuka secara dalam talian mulai 27 Mei hingga 2 Jun menerusi pautan
https://sst6.moe.gov.mySebanyak sembilan Pusat Tingkatan Enam menawarkan Tingkatan Enam Tahfiz iaitu *Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya (SMAPUTRA) Wilayah Persekutuan Putrajaya; SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah; SMKA Kerian, Perak; SMKA Maahad Muar, Muar, Johor dan SMKA Tok Bachok, Kelantan.*
Selain itu, *SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan; SMKA Kota Kinabalu, Sabah; SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak dan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu turut menyediakan Tingkatan Enam Tahfiz.*
Untuk maklumat anda, pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz mengabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa tiga semester.
Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan pelajar yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu berkaitan al-Quran dan cemerlang akhlak.
Kandungan mata pelajaran tahfiz al-Quran yang diperkenalkan di Tingkatan Enam Tahfiz adalah *untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah serta mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.*