Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima seperti ini.
Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.
Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30% pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.
InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.
#JanganBerhentiBerdoa#MerakyatkanMARA#MARA#MRSM#MalaysiaMadani