20:07
Nurhasniza Jusoh
2 tahun lepas, anakanda yg merupakan antara pelajar terbaik di sek rendah, keluar dr dewan MRSM dgn senyuman yg sgt confident. Katanya dia telah membuat yg terbaik. MRSM adalah sekolah impiannya sejak dulu lagi. Seringkali mengajak sy melawat abg sepupu di MRSM.
Namun, apabila keputusan keluar, TIDAK BERJAYA. Seharian termenung & sesekali mengesat air mata.
Jenuh nak pujuk.
Akhirnya, apabila keluar result SBP, dia berjaya mendapat 1st intake di SBP yg agak menjadi pilihan orang ramai.
2nd intake MRSM, BERJAYA juga. Tp sbb dah beli ipad, dia teruskan belajar di SBP hingga sekarang.
Setahun yg lepas, adiknya juga menerima nasib lebih kurang dia jugak. Berharap mendapat MRSM, keputusan sehingga penutup Mei, boleh membuat rayuan, bermakna TIDAK GAGAL. Bila call MARA, katanya anak capai merit. Tp kena tunggu kerana merit kami hanya sedikit shj pengambilan berbanding b40. Sampai ke sudah, akhirnya kemasukan ke MRSM ditutup.
Siapa sangka akhirnya rezeki dia juga di SBP.
Jd, 2-2 anak, sy dah merasai pengalaman menyedihkan ni. Tuhan je tahu peritnya tidak berjaya ke sekolah idaman anak.
TAPI dalam kes sy, sy berterima kasih pd Tn.Hashim, x jemu layan kerenah sy ๐
. Sentiasa bantu bagi semangat dan panduan. Terima Kasih TH.
Tapi, apapon, percaya pada rezeki. Walaupon tidak berjaya ke MRSM, InsyaALLAH ada rezeki yg lebih baik menanti.
Buat ibubapa yg berharap, moga dapat terima keputusan dengan baik. Gagal sekali bukan gagal selamanya. InsyaALLAH, tidak berjaya ke MRSM, PASTI ada rezeki lain menanti.
Buat yg BERJAYA, TAHNIAH. Teruskan KECEMERLANGAN โค๏ธ
โค
77
๐
25
๐ค
4
๐
2
โคโ๐ฅ
1
๐ฅ
1