08:27
Zailin Mahdi
Ni sambungan dari cerita anak bukan budak cemerlang, dan bkn kelas pertama tapi dapat sbp.
My son ni, mmg diberikan tuisyen. Masa pdpr pun tuisyen juga. online. Sebab kalau tak tuisyen, mmg takde lah nak study. Boleh siap bergaduh utk suruh study tu. 🤦♀️
Sebab tak pernah ada anak2 yg pernah buat exam utk sbp, jadinya haritu beli buku harimau tu sebab curious. Tapi frust sebenarnya sebab jawapan dia byk juga yg salah2. Sepatutnya yg menjual ni peka pasal hal ni dan lain kali, check dulu jawapan sebelum jual. Jgn fikirkan nak untung je!
Kiranya anak sy guna latihan dalam buku ni. Sebenarnya boleh je gunakan mana2 buku latihan upsr yg dijual di pasaran tu. Kalau utk maths, sy akan check jawapan dia. Kalau salah, explain kat dia kenapa salah. Dan sebenarnya, pada masa yg sama, boleh nampak topic apa yg dia lemah. Boleh terus target topic yg lemah ni, kiranya ajari dia fahami konsep.
Utk ujian iq, dia ada buat test permata pintar sblm tu. Jadi dia dah terbiasa dgn iq test. Sebagai tambahan, sebelum buat exams pksk tu, mmg ada buat soalan2 iq dari website. Buat bersama2 utk figure out cara nk jawab.
Utk general knowledge, blh cari contoh soalan kat internet. Dulu tn. Hashim pernah snapshot dan berikan dlm group ni. Suruh dia baca yg tu.. tapi tu pun tak habis baca sebenarnya.. 🤦♀️. Mmg part general knowledge pakai tawakkal je lah sebab apa2 pun boleh ditanya.
Part pilihan sekolah, pernah tanya tn. Hashim list sekolah pilihan. Tm Hashim ada tanya, kenapa tak pilih sdar. Lps tu ada jugak tanya pasal saser. Ni sebenarnya pilihan hati, tapi takut ramai yg apply sebab saser ni top school jugak. Tn. Hashim kata, boleh je apply kalau layak. Bila fikir2 semula n lps dpt feedback, in the end, pilih saser sebagai pilihan pertama. Sebabnya, walaupun saser top, tapi tahun lepas ranking dia jatuh ke belas2. Masa tu fikir mungkin tak ramai org especially yg anak2 diorg sulung ni, tahu psl saser. Mesti diorg akan tgk ranking spm tahun lps. Mmg betul jangkaan. Kurang sikit persaingan. Rupa2nya yg ramai apply saser adalah org2 N9. Saser mmg famous kat N9. Yg dapat tawaran dari klang valley ni tak seramai dari N9.
Yg plg penting, doa dan tawakkal kepada Allah swt. Beratus2 doa dah dipanjatkan, supaya dipermudahkan utk dapat yg terbaik utk anak tu. (Samada dpt mrsm, sbp, sam atau sklh harian). Mmg mencurah perasaan n pengharapan kepada Allah sebab kita tak tahu apa yg terbaik utk dirinya. Mungkin apa yg kita suka tu tak elok utk dirinya. Jadinya kita harapkan keputusan drpd Allah.
Tidak dilupa, bila berdoa tu, sebut juga nama2 Allah yg sesuai supaya lebih makbul. Sy gunakan nama Al-A’lim, Al-Hakeem. (Yg Mempunyai Ilmu, Yg Bijaksana)
Sebenarnya doa ni yg plg powerful. Sebab tiada apa yg berlaku tanpa IzinNya.
Bila datang rasa anxious, risau atau dok fikir dapat sklh yg mana satu, terus fikir yg kita dh berserah pada Allah dan hati menjadi tenang semula.
Sebenarnya anak yg sulung dapat masuk saser sblm ni dgn result pt3, 4A. Sains C, maths B. Ni zaman masa pbs tak jadi tu.😖 Mmg masa tu cuma berdoa sekali sahaja di tmpt dan masa yg makbul, masa di arafah, musim haji.. minta Allah beri yg terbaik pada dirinya.
Masa tu anak dpt offer gi ppcs permata pintar, tapi masa tu ttba terfikir kalau mintak utk dpt masuk kolej permata pintar, takut tak sesuai utk dia.. utk sbp, masa tu tak reti, gi letak sas 😅, dan masa tu tak kenal pun saser tu sklh mana satu.
Sejak tu, mmg kalau berdoa, minta apa yg dihajati dan minta Allah berikan yg terbaik. Usaha tu jgn dilupa.
Lupa pulak.. masa hari dia ambil ujian tu, mmg berdoa dia dpt set soalan yg dia blh jawab, (bkn set soalan yg senang). Sblm tu tak tahu ada set2 berlainan. Bila dah tahu, doa yg ni juga.
👍
13