16:46
N_Anna72
Tentang pilihan sekolah rayuan yg kita yg nak buat sehingga 29/3/2022 ni, kita boleh pilih mana2 sekolah rayuan yg kita rasakan sesuai untuk anak kita. Takde sekatan langsung.
Bagaimanapun, bila buat rayuan, sama seperti masa mohon dulu, jangan campur susunan pilihan Sbp dan Smka.
Pilihan SMKA & SBP 1 2 3 jangan dicampur.
Jangan juga campur Sbp Aliran Sains Tulen dengan Sbp Aliran Sains Agama dan Sbp Aliran Tmua
Untuk SBP
1. Sbp
2. Sbp
3. Sbp
Atau
1. Sbpi Tmua / Smap Tmua
2. Sbpi Tmua / Smap Tmua
3. Sbpi Tmua / Smap Tmua
Atau
1. Sbpi / Smap
2. Sbpi / Smap
3. Sbpi / Smap
Untuk SMKA
1. Smka
2. Smka
3. Smka
Atau
1. Smka Tmua
2. Smka Bukan Tmua
3. Smka Bukan Tmua
Bila buat rayuan, kita sebenarnya mencari tempat kosong untuk anak kita. Jadi cadangan sekolah2 yg saya berikan adalah sekolah2 yg saya jangkakan masih ada tempat kosong nanti.
Tapi theory yg mengatakan bila saya cadangkan sekolah2 luar dari KL Selangor Putrajaya, dah tentu2 la akan ada banyak kekosongan dalam sekolah2 di KL Selangor Putrajaya nanti bila semuanya merayu untuk sekolah2 luar KL Selangor Putrajaya sahaja ADALAH SALAH.
Ada 2 sebab kenapa saya katakan ianya salah.
1. Yg ada dalam group ni hanya seramai 13,000 org sahaja.. kat luar dari group ni ada lagi 87,000 calon yg pasti akan merayu untuk sekolah2 KL Selangor Putrajaya.
2. Teori itu salah kerana bila kita berkeras nak merayu kemasukan ke sekolah2 utama seperti TKC SSP STF Seseri SGS, kita sebenarnya kena tanya diri kita sendiri dulu. agak2 berapa ramai murid yg akan tolak tawaran 1st Intake ke sekolah2 berkenaan untuk membuka kekosongan kepada mereka yg merayu untuk 2nd Intake nanti?
Sebagai contoh, setakat yg saya tahu, pernah berlaku mereka yg dapat tawaran TKC 1st Intake tolak tawaran TKC tu bila mereka dapat tawaran Mrsm Ulul Albab ataupun bila dapat tawaran dari sekolah2 yg mereka rasakan fasiliti nya lebih baik dari TKC, contohnya dapat tawaran KYS full scholarship. Maka, ditolaknya tawaran TKC tu. Tapi berapa ramai kah mereka yg akan menolak tawaran2 sekolah2 tersebut?
Seperti tahun2 lepas, saya jangkakan juga semua Sbp2 dalam Selangor KL Putrajaya Negeri Sembilan & Melaka akan penuh 2nd Intake ni terutama sekali untuk GIRLS. Kalau adapun, tempat kosong, ianya mungkin terhad.
Untuk sahkan jangkaan ni, kita kena tunggu sampai 25/3 untuk semua yg berjaya dapat tempat 1st Intake mendaftar dulu.
Bila kita nak buat rayuan ni, kita mesti tengok balik susunan pilihan yg kita buat masa mula2 mohon dulu.
Konsep Pilihan Pertama diutamakan memang digunapakai.
Jadi bila Pilihan Kedua kita adalah Pilihan Pertama calon lain, maka mereka la yg akan diutamakan.
Sama la juga bila Pilihan Ketiga kita adalah Pilihan Pertama calon, maka mereka la yg akan diutamakan juga.
Jadi perkara pertama yg kita kena tengok adalah pilihan kita masa hantar pemohonan online dulu.
Kalau masa mohon dulu susunan pilihan kita adalah
1.SSP
2.TKC
3.Seseri
jangan la bila tak dapat tempat 1st Intake, susunan pilihan kita menjadi begini pulak untui 2nd Intake:
1.TKC
2.SSP
3.Sms Bagan Datoh
sebab takde logiknya buat susunan begitu bila dah tak dapat tempat 1st Intake di SSP, kita boleh pulak yakin anak kita ni boleh layak untuk bersaing di TKC untuk 2nd Intake pula.
Ramai juga yg praktik kan cara susunan pilihan yg diminta oleh Bahagian Pengurusan Sbp sebagaimana message di bawah ni
Saya nak tambah sikit tentang mereka yg pilih Girls School dalam Kumpulan 1 sebagai Pilihan Pertama.
Mereka yg pilih TKC atau SSP atau STF sebagai Pilihan Pertama, mereka akan dipertimbangkan untuk Sbp Pilihan Kedua sekiranya Merit Ranking mereka tinggi tapi mereka masih tak layak untuk dapatkan tempat di TKC atau SSP atau STF sebab ada ramai lagi calon lain yg lebih baik dengan Markah Merit Ranking yg lebih tinggi.
Jadi saya cadangkan mereka untuk buat pilihan Sbp seperti berikut:
Pilihan Pertama: TKC atau SSP atau STF
Pilihan Kedua: Sbp Kumpulan 3 atau 4
Pilihan Ketiga: Sbp Kumpulan 2 atau 3
Jadi sebagai contoh, pilihan permohonan adalah seperti berikut:
1.TKC atau SSP atau STF
2.Semesra
3.Mozac
๐
12
๐
1