Matlamat MRSM Ulul Albab ni ialah untuk melahirkan profesional huffaz. Makna kata, kalau awak jadi Doktor sekalipun, awak adalah Doktor yang hafaz Al-Quran. Awak Engineer sekalipun, awak adalah Engineer yang hafaz Al-Quran. Macam tu.
Kalau ibu bapa berimpian nak anak bila besar jadi imam-imam di masjid, nak lahirkan agamawan, atau bercita-cita nak sambung pengajian di Timur Tengah dalam bidang pengajian islam (dini), tak sesuai hantar ke MRSM UA ni ya sebab pengajian islamnya tidak mendalam. Subjek dalam SPM juga tidak cukup. Pensijilan juga bukan pensijilan tahfiz dari JAKIM.
Tapi kalau matlamatnya nak anak ada Al-Quran dalam dada, hati dan minda tapi dia dalam bidang profesional (cth doktor perubatan atau engineer), maka MRSM Ulul Albab adalah pilihan yang tepat. Kerana selain hafazan, anak-anak akan belajar dan excellent dalam bidang sains (STEM) kerana itu memang kepakaran dan kekuatan MRSM. ππ»
Peluang untuk mendapat penajaan MARA bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah sama ada di dalam atau luar negara juga lebih besar sekiranya cemerlang.
Ingat lagi viral mengenai rakyat Malaysia perempuan yang merupakan bekas pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya mendapat pekerjaan di TESLA hari tu?? Haa macam tu, seimbang dunia dan akhirat. Pada saya, jika bekas pelajar MRSM Ulul Albab diterima bekerja di company sehebat TESLA, pasti ada added value yang unik dalam diri produk MRSM UA ni.
Kelebihan MRSM UA - dari segi silibus MRSM dalam bidang pure science dan method pembelajaran yang agak berbeza, tapi pada masa yang sama anak akan hafaz Al-Quran.
Kekurangannya pula ialah tak dapat pensijilan tahfiz JAKIM. Perlu lalui proses lain lagi kalau nak sijil ni.
Mengenai permohonan kemasukan ke MRSM Ulul Albab ni, anak perlu LULUS ujian kelayakan HAFAZAN selain perlu mencapai merit ujian UKKM. Selain itu, faktor utama juga adalah tahap sosioekonomi keluarga mengikut kuota tertentu. Permohonan kemasukan sama sahaja macam nak mohon masuk ke MRSM lain-lain.
Bila masuk MRSM ni sebenarnya kita akan nampak laluan untuk tertiery education tu awal-awal lagi dicorakkan dan ada pathwaynya. Tinggal lagi anak perform atau tidak sahaja. Peluang terbuka luas di hadapan, inshaAllah. π
Semoga kakak terus diterangkan hati dan menjadi inspirasi buat adik-adik dan kawan-kawan lain juga. Manalah tahu ada yang terdetik hati turut nak ikut jejak langkah kakak Safiyyah ke. kan?
Begitulah.
MRSM UA ada specialnya, yang mungkin takkan sama di tempat lain. Semoga anak ini terus cemerlang walau di mana jua awak berada.
Yang benar,
Mami Dell
- super senior MRSM KOPU Batch 2: 99/00 π
Nota: Post ini untuk ceritakan mengenai MRSM UA sahaja ya, nak cari info dan kelebihan mengenai silibus TMUA bawah SBPI/SMKA/Imtiaz, sila cari tempat lain. ππ»
#kisahkakakmasukasrama #mrsmululalbab #khairunnisasafiyyah#mrsmkotaputra***cpfacebook