Siti Hajar Bte Yusof 27.11.2022 19:56:36
🔥🔥RUMUSAN UKKM HARI PERTAMA 27 NOV 2022
📌BAHASA MELAYU
- soalan objektif sahaja 30 soalan : ada soalan tatabahasa dan pemahaman
-tiada karangan / Ttiada soalan subjektif
📌MATEMATIK
-20 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.
- ada soalan objektif dan subjektif.
-soalan subjektif tu hanya tulis jawapan sahaja dalam google form, tak perlu buat jalan kira, jalan kira boleh kira dalam kertas conteng sahaja
- kertas diberikan untuk menconteng, perlu bawa alat tulis sahaja.
-soalan aras sukar
TOPIK : tiada dwibahasa
1. Peratus & Wang
2. Masa & Waktu
3. Panjang, Jisim & Isipadu Cecair
4. Ruang
5. Nisbah Kadaran
6. Koordinat
7. Pengurusan Data
8.Kebolehjadian
📌SAINS
-30 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit
- objektif dan subjektif. : ada murid dapat semua objektif
TOPIK :
Manusia
Interaksi antara hidupan
Mikroorganisma
Teknologi pengawetan makanan
PKelajuan
Haiwan dan tumbuhan
Tenaga
📌KEPERIBADIAN
-100 soalan dijawab dalam masa 30 minit.
-soalan takda betul/ salah kerana soalan keperibadian seperti soalan psikometrik di sekolah. Bertujuan untuk menilai kecenderungai, sikap dan emosi murid untuk belajar di sekolah berasrama
📌Ulul albab.
- Murid perlu menulis nama dan ic,kemudian diberi panduan hafazan
- Murid diberikan sehelai kertas yang mempunyai 8 ayat Al-Quran,kemudian murid perlu menghafal ayat tersebut selama 25 minit.
-Sesi hafazan di hadapan penilai secara berkumpulan 4 murid. Ada penilai yang menguji tajwid murid.
-Ada juga murid kena tanya surah lazim selepas bacaan hafazan 8 ayat secara tilawah
======
25 min hafazan 8 baris
80 markah hafazan,
Tilawah..
20 markah tajwid
10 markah fasohah
Semua sekali 110 markah.
📌IGCSE
7 org bagi 1 kumpulan dipanggil serentak.Panel berikan soalan,murid perlu berebut untuk menjawab . selesai, soalan pertama, soalan seterusnya ditanya..Murid perlu cekap menjawab- ada idea, tenang , boleh berkomunikasi dengan baik. Seorang murid boleh menjawab lebih daripada 1 soalan. Kat sini, nampak seperti muet.
Contoh soalan -biasanya soalan tentang isu semasa :
1. What are the advantages of mobile phone?
2. Is mobile phone a good invention? Why?
3. How do you feel about having online classes?
Possible topics IGCSE:
1. Tell me about your hobby
2. Reasons why you chose MRSM
3. Brief about yourself and your family
4. Tell me about the best day of your life
5. What is the best lesson that you have learnt?
6. Things I have learnt in lockdown
7. Pros and cons of online learning
8. Tell me about the best holiday that you ever had
9. Tell me about free time activities that you can recommend
10. Tell me about something you are good at
PERINGATAN : UKKM ADA BANYAK SET SOALAN, SOALAN BOLEH BERUBAH-UBAH BENTUK DAN SET. JADI, LANGKAH SELAMAT, KUASAI SILIBUS TAHUN 5 & 6 . SILIBUS TAHUN 5 PALING BANYAK DITANYA