16:00
N เนเธเธเธฒ
Saya hanya share utk lebih fhm psl IGCSE ๐๐ปโฆ
Tahniah ๐ช๐ป๐ช๐ป๐ช๐ป๐๐๐
SELAMAT DATANG KE MRSM IGCSE.
Apa sebenarnya yang ada dlm program IGCSE ni?
POST ni sekadar nak bercerita kongsi info REALITI apa yang anak2 akan lalui dlm program IGCSE. Mungkin ada yang kurang jelas dan tertanya kenapa mengapa?
Ada silap faham ingat habis igsce automatik dpt sambung belajar dan mcm2 lg anggapan.
Begitu juga ibu bapa yang terkejut bila kena bayar yuran Rm400++ semasa di tingkatan 2 dan ribuan ringgit di tingkatakan 4, sedangkan hal ini telah di
Maklumkan lebih awal dlm panduan pendaftaran.
Jauh lg ke depan anak-anak nak harungi. Sokongan dan penglibatan ibu bapa dpt bantu anak-anak utk buat yang terbaik. Belum cuba belum tau. Jalannya berliku tapi di hujung sana 1001 sinar manfaat menanti.
Belajar di MRSM ni seronok tau tu tak boleh di nafikan ; nanti kita sambung .
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Minggu pertama suaikenal anak-anak mungkin sedikit lelah, padat dgn pelbagai aktiviti.
masuk minggu ke dua dah mula belajar. Biasa ada ujian utk guru melihat & menilai pelajar berada di tahap mana.
Tiada istilah honeymoon di MRSM IGSCE. Setiap hari pantas berlari mencari ILMU. mengejar silibus. Silibus KPM F1-3 anak2 MRSM akan habiskan dlm tempoh 2 tahun sahaja. kebiasaannya dah masuk ogos/september anak2 mesti akan maklumkan ada pinjam buku senior sbb cikgu dah mula ajar subjek form 2. Sekiranya mampu boleh belikan buku sendiri. nak pinjam pon tak salah sbb senior memang tak guna dah.
Program MRSM IGCSE untuk panduan para ibubapa khususnya dan anak-anak yang bakal memikul atas bahu slm tempoh 4-5 tahun akan dtg.
1) IGCSE ni ibarat SPM tetapi di bawah Cambridge, UK. Jadi, jika mahu memilih IGCSE, tahap kemampuan English si anak perlu diambil kira. FIZIK, KIMIA, BIO, Addmath , Math & English semua dlm bhs pengantar english.
IGCSE merupakan 'added value' untuk pelajar MRSM IG. Ia merupakan program dwisijil, pelajar menduduki peperiksaan IG dan SPM. Bermakna pelajar akan mempunyai sijil IG dan sijil SPM.
TETAPI apalah maknanya 'added value' jika nilai yang ditambah itu hanyalah gred D, E, F dan UG(ungraded). Semua pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan IG serta SPM di MRSM IG.
Cabarannya besar!
2) Big exams di MRSM IGCSE ialah,
F1 : exam biasa.
F2 : exam biasa & exam Checkpoint.
F3 : PT3.
F4 : IGCSE.
F5 : SPM.
Ini bermakna, setiap tahun pelajar akan menduduki peperiksaan BESAR kecuali tingkatan 1 sahaja.
3) Exam Checkpoint (CP) F2
Checkpoint adalah untuk pelajar tingkatan 2. Sebagai diagnosis atau ujian pengesanan untuk pelajar sebelum memulakan program IG. Walaubagaimanapun, di MRSM IG semua pelajar yang mendaftar akan diwajibkan mengambil peperiksaan IG tidak kira apa jua keputusan Checkpoint mereka. Untuk makluman, ibu bapa mesti membayar sejumlah yuran untuk peperiksaan CP dan juga IG. Subjek untuk CP adalah Sains, Matematik dan English. Grednya pula adalah dalam band. 1 hingga 6. Band paling baik adalah band 6.
Silibus sains untuk tingkatan 1,2 dan 3 aliran perdana akan di 'merge' kan bersekali dengan silibus CP. Ini bermakna semasa tingkatan 2, pelajar di maktab IG sudah menghabiskan silibus sains tingkatan 1,2 dan 3 serta silibus IG. Proses pengajaran menjadi agak padat dalam tempoh 2 tahun.
Bermula tingkatan 3, silibus IG akan bermula di samping pelajar akan meneruskan silibus subjek-subjek lain seperti sekolah biasa. Dalam erti kata lain, pelajar tingkatan 3 IG ada 4 subjek lebih dari pelajar sekolah biasa iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan. Semua subjek IG adalah Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Semua sekali 6 subjek. Jadi, pelajar tingkatan 3 akan mengikuti 9 kelas subjek aliran perdana seperti rbt, bm, pai dan sebagainya berserta tambahan subjek IG.
Berdasarkan pengalaman info dr guru, pelajar tingkatan 3 kebanyakannya masih tidak cukup matang untuk menerima dan "menghadam" subjek IG ini. Jika dibandingkan dengan sains PT3, ia jauh berbeza. Pelajar tingkatan 3 di MRSM IG adalah kumpulan yang paling tertekan.
๐
17