Tambahan info yg ditulis oleh Puan Jay Julia d Kelab. Sebenarnya ada mcm2 info yg dikongsi. Saya hanya ambil yg terbaru saja. Kami pun dah slow now sebab xtahu dasar terkini Mara utk tahun 2023.
Saya share d sini utk pemahaman saja ya.
****
SOALAN PEPERIKSAAN LEPAS IGCSE.
IGCSE just around the corner. Paper pertama pada 6 Oktober 2021 dan InsyaAllah berakhir pd 18 November 2021.
Masih sempat utk pulun last minit. Good Luck anak-anak f4 MRSM IGCSE.
Juga panduan utk junior akan datang saya sertakan link di mana boleh muat turun kertas soalan lepas secara PERCUMA. Kalau beli yang siap cetak harga boleh cecah ribuan ringgit ya.
https://papers.gceguide.com/Cambridge%20IGCSE/Boleh pilih ikut kod subjek. Soalan terkini May/Jun2021 pon sudah ada dengan skema jawapan. Tinggal lagi tau ke tidak mana soalan yang hendak di muat turun.
Mari sama-sama ambil tau, cakna jenis kertas soalan yang di ambil oleh anak-anak MRSM IGCSE.
IGCSE examination ada 3 kali setahun.
Feb/March special utk Negara India shj and paling tough
Summer: May/June
Winter: Oct/Nov
*MRSM ambil winter paper
Past year igsce ada byk series/variants. Ada 3 series/variants yang di keluarkan bg setiap subjek/paper. Untuk Summer dan winter setiap exam mengandungi 3 Series/variants dan di India hanya 1. Tujuan variant adalah memastikan negara yang berlainan zon masa tidak perlu mengambil peperiksaan mereka pada waktu yang sama.
Sebagai contoh : Zon Australia Variant 1
Zon Asia variant 2
Zon Eropah Variant 3
Jadi memang byk past year paper winter/summer sbb setiap zon negara akan terima soalan yang berbeza.
3 series setiap paper untuk setiap sesi (summer or winter)
So 3 x 2= 6 + 1 (dari India) = 7.
Untuk Paper 2,4 dan 6 = 7 x 3 = 21 papers boleh di kumpul setahun.
Kalau 10 tahun = 210 set soalan lepas.
SEBAB TU ORG KATA KALAU KHATAM 10 TAHUN NI, Insyaallah cemerlang IGCSE.
Ada 2 jenis paper utk IGCSE :
Core: 1, 3, 5
Extended: 2, 4, 6
Paper 2 - Objecktif
Paper 4 - Subjektif
Paper 6 - Alternative
Untuk biology, physics, chemistry, anak2 mrsm ambil extended paper 2, 4 & 6.
Subjek maths paper 2 & 4, manakala add maths paper 1 & 2
Terdapat 6 zone peperiksaan worldwide. MALAYSIA di zone 5.
Kod kertas soalan yang di ambil pelajar MRSM IGSCE:
0610 Biology
0620 Chemistry
0625 Physics
0580 Maths
0606 Add maths
0510 English as Second Language (ESL)
Untuk memudahkan langkah yang saya sarankan ialah:-
1. Mulakan dengan 5 tahun soalan terkini
2. Gunakan 1 variant dahulu e.g. Variant yang digunakan oleh Zon Malaysia
3. pilih 1 sesi dahulu e.g. Oct/Nov.
4. Labelkan soalan based on topics (optional)
5. Buat semua soalan
6. Fahamkan skema jawapan, bagaimana markah di berikan.
7. Buat secara berkumpulan ( untuk permulaan kalau boleh) dan kongsi bersama kawan2.
Bila dah selesai, boleh ke variant seterusnya sehingga habis semua variant.
Finally sekiranya ada masa masa boleh cuba varinats Indian PYQ.
Soalan lepas ni tak perlu beli pon kerana cikgu di maktab memang akan bg pd anak-anak sebagai latih tubi, cuma tidaklah bg koleksi semua soalan. Akan dapat berperingkat. Tapi kalau ada masa terluang anak-anak nak buat apa salahnya muat turun dan cuba.
****
Sekiranya ada yang salah or tambahan dr Ibubapa lain sila tambah/tegur sy akan betulkan. Segala kekurangan adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Terima kasih.
ะฎะปะธั Julia
21 September 2021