Noor Azlin Muhammad Hanapi 12.05.2022 11:18:05
๐ด UP
JENIS-JENIS SEKOLAH AGAMA:-
A) Ada 1 buah SBP sains Agama Premier: Kolej Islam Sultan Alam Shah:-
๐นambilan Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 sahaja . Ada ujian saringan khusus dan temuduga ambilan.
๐นbersilibus KSSM aliran sains tulen, sains ikhtisas, sains agama.
๐นBahasa Arab wajib.
๐นAda exam Sijil Khas Kolej (SKK) yg equivalent dgn exam Sijil Menengah Agama (SMA).
๐นAda exam Sijil Tinggi Agama (STAM) bagi Tingkatan 6.
๐นAda exam STPM Tingkatan 6.
๐นTiada subjek antarabangsa sebab tiada pelajar Tingkatan 1-3 di Kisas.
B) Ada 4 buah SBP sains agama jenis Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA):-
1) SBPI Rawang;
2) Sek Men Agama Persekutuan (SMAP) Bentong;
3) SBPI Selandar; dan
4) SBPI Batu Rakit.
๐นSijil Tahfiz SBP Pengiktirafan KPM dan Darul Quran Jakim.
๐นSilibus KSSM dengan subjek2 TMUA KPM & Darul Quran Jakim: aliran sains tulen.
๐นBahasa Arab wajib.
๐นTiada exam Sijil Menengah Agama (SMA) Tingkatan 4.
๐นDi SBP ada subjek antarabangsa (pilihan 3-4 bahasa asing) dan ada international exam. Bagi SBP sains agama dan SBP sains TMUA, bahasa Arab wajib dan tambah 1 lagi subjek bahasa asing lain.
C) Ada 11 buah SBP sains agama biasa (berjenama SMAP/SBPI/SM Sains):-
๐นSilibus KSSM sains tulen dan sains ikhtisas.
๐นBahasa Arab wajib.
๐นTiada exam SMA Tingkatan 4.
๐นDi SBP ada subjek antarabangsa (pilihan 3-4 bahasa asing) dan ada international exam. Bagi SBP sains agama dan SBP sains TMUA, bahasa Arab wajib dan tambah 1 lagi subjek bahasa asing lain.
D) Ada banyak SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri kelolaan Jabatan/Majlis Agama Islam negeri masing2) samada jenis KSSM + Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) atau jenis KSSM + Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
Contohnya di Selangor ada 4 buah SMAN iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS):-
1) MITS Alam impian, Klang (silibus KSSM + KBT). Ada aliran sains tulen sahaja untuk SPM);
2) MITS Istana Bandar, Kuala Langat (silibus KSSM + KBT);
3) MITS Sepang Kampung Bagan Lalang, Sepang (Silibus KSSM + KBT). Ada aliran Sains tulen & sains ikhtisas untuk SPM;
4) MITS Bagan Terap, Sabak Bernam (lelaki sahaja) (Silibus KSSM + KBT STEM + Turath). Ada aliran sains tulen, sains ikhtisas, sains agama untuk SPM.
๐นSijil Tahfiz MITS-MITS bawah pengiktirafan Jais.
๐นAda exam SMA, SMATQ atau SMATD Tingkatan 4.
E) Ada 6 buah MRSM Ulul Albab:-
๐นSijil Tahfiz pengiktirafan MRSM.
๐นSilibus KSSM sains tulen dan sains ikhtisas.
๐นada Bahasa Arab.
๐นTiada exam SMA Tingkatan 4.
๐นDi MRSM tiada subjek bahasa antarabangsa.
๐นMrsm menggugurkan subjek Tasawwur Islam dan Pendidikan Quran dan Sunnah bermula 2021, hanya subjek Pengajian Islam dikekalkan di Mrsm Ulul Albab.
F) Ada 50 buah SMKA biasa:-
๐นSilibus KSSM sahaja,
๐นTiada exam SMA,
๐นBahasa Arab wajib.
๐นAda sesetengah SMKA menawarkan bahasa2 asing lain juga.
๐นAda 1 SMKA bersilibus KSSM + IB MYP (International Baccalaurette Middle Years Programme: SMKA Sheikh Abdul Malek.
G) Ada 11 buah SMKA jenis TMUA:-
๐นSijil Tahfiz SMKA Pengiktirafan KPM & Darul Quran Jakim.
๐นSilibus KSSM dan subjek2 TMUA KPM & Darul Quran Jakim: aliran sains tulen, sains ikhtisas, sains agama.
๐นBahasa Arab wajib.
๐นTiada exam SMA Tingkatan 4.
๐นDi sesetengah SMKA TMUA ada pilihan subjek bahasa2 antarabangsa.
Contoh SMKA TMUA: SMKA KL, SMKA Putrajaya
H) Ada 173 buah SABK biasa:-
๐นSilibus KSSM + KBD
๐นAda exam SMA Tingkatan 4 (kecuali di WP KL & Labuan)
๐นBahasa Arab wajib.
Contoh: SMA MAIWP
I) Ada 20 buah SABK jenis TMUA:-
๐นbersilibus KSSM-KBT: sains tulen dan sains ikhtisas
๐นBahasa Arab wajib.
๐นSijil Tahfiz pengiktirafan Jais.
๐นAda exam SMA Tingkatan 4 (kecuali di WP KL & Labuan).
๐นTiada pilihan subjek bahasa2 antarabangsa.
Contoh : SMISTA KL
Kesemua sekolah agama jenis A hingga I di atas menawarkan silibus dan pilihan aliran pelbagai.