Lina MD 26.04.2022 16:56:16
๐ดTelah banyak kali dibincangkan dalam ni berkaitan apakah merit kemasukan ke SBP dan Mrsm.
๐นSBP bawah KPM. Gunapakai sistem KPM & tertakluk kepada takwim dan rules KPM serta bajet tahunan KPM.
๐ธMrsm bawah agensi Mara (bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar). Tidak gunapakai sistem KPM & tidak tertakluk kepada takwim dan rules KPM, serta bajet tahunan pula bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
ใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธใฐ๏ธ
๐นMerit pengambilan SBP ada dalam FAQ SBP, telah beberapa kali sharing dalam ni juga.
๐ธBagi Mrsm, merit adalah UKKM semata dan faktor SES ie sosio ekonomi calon, juga parents harus tiada dalam senarai blacklist Mara. Mrsm langsung tidak melihat kepada skor Pajsk, PBD, kepimpinan, Segak, psikometrik dll sepertimana syarat kemasukan SBP.
๐นBagi SBP, meritnya pelbagai, sbb tu calon wajib berdaftar dengan sistem APDM KPM sbg syarat permohonan, sbb melalui APDM KPM akan link kepada seluruh sistem skoring sekolah2 KPM :
1) time ada UPSR, bilangan berapa A sbg nilai toleransi merit. Time takde UPSR, lihat kepada merit PKSK, perlu amat cemerlang PBD dan PAJSK sbb SBP sekolah elit KPM. (Jika Lihat pd FAQ Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional pula : perlukan PBD band 4 dan band 3 sahaja).
2) kecemrlangan exam2 agama : UPKK Jakim, PSRA, UPSRA, SDEA, SRAI (keputusan exam agama tertinggi ada weightagenya bagi ke SBP sains agama dan SBP sains TMUA).
3) kecemerlangan skor PAJSK (Kepimpinan dan aktif koko).
4) skor psikometrik.
5) skor SEGAK.
6) skor SES (status sosio ekonomi pelajar) juga.
๐น๐ธDan, both Mrsm dan SBP ada 60/40 basis pemilihan calon berdasarkan SES (Socio-Economic Status) sejak dulu, bukan perkara baharu.
๐น๐ธSES scoring tu bukan sekadar gaji sahaja, tetapi meliputi tanda โ
jika : ibu tunggal, anak yatim, takat gaji, tinggal di pedalaman atau bandar, anak orang asli, bilangan tanggungan, ada anak oku, dan lain2.
๐นBear in mind calon permohonan Sekolah Khusus <>400,000 orang setiap tahun (melihat kpd bilangan calon UPSR & PT3 setiap tahun) bagi intake ke 227 buah Sekolah Khusus.
๐นSBP ada 69 buah. Intake Tingkatan 1 2022 adalah 9,350 iaitu purata 137 students bagi 68 buah SBP (tidak termaduk KISAS sbb intake Ting 4 sahaja) dan 1,200 students Tingkatan 4.
๐ธMrsm selama ini ada 53 buah dan intake Tingkatan 1 & 4 : <>7000 students setiap tahun, tapi untuk 2022, intake 9,900 students sebab Mrsm dah jadi 55 buah. Permohonan Mrsm untuk intake 2022 lebihkurang 75,000 orang (1 dalam 7 pemohon dapat tempat).